Banjir besar melanda Thailand. Kalau kat Kluang, kat kampung aku, memang aku tak risau langsung. Maklum lah kawasan berbukit bukau. klu banjir, kire tempat lain tenggelam lah.
Kalau kat JB ade risau sket la, camne nak pergi kerja, jalan jem, dan banjir. bukan ley percaya sangat jalan depan kipmart Tampoi sampai kat flyover Perling tuh. Mesti penuh air tu nanti.
Oleh kerana aku kat Korat, so aku lebih risau sebab tahun lepas pada 16 Oct, kilang tempat aku keja banjir sampai paras pinggang. Banyak component utk evaluation aku hanyut. pastu air surut nak kena bersihkan kantin, bersihkan kilang, bersihkan bilik, tengok fixture boleh pakai ke tak n paling tak tahan karpet yang berbau busuk sbb basah.
Harini 10 Oct, lagi 6 hari kira anniversary lah. so semua org takut. Management kilang aku pun takut. Sandbag dah banyak ni siapkan.. Pintu dah banyak kena seal.Pagar pun dah buat baru, yang tidak berlubang, which is aku rasa, kalau air masuk, xde jalan keluar, tempat lain banjir sampai pinggang, kilang kami boleh sampai leher. Apa pun, sape aku nak bantah management nyer keputusan. Mungkin ada faktor lain yang mereka pertimbangkan.
Kat Ayyuthaya, ade kawasan dah naik air sampai 5m. 5m?? cam tak pecaya kan? Tapi tengok dalam TV mmg betul. Walaupun aku tak paham pebenda derang cakap dalam berita, tapi aku paham kot bile tengok rumah nampak bumbung je. kawasan tu memang dekat dengan sungai Chao Phraya. aku rasa supplier thermoform tray aku pun tenggelam tuh.. patut ke aku call derang tanya khabar?
Hati nurani (chewah) aku berat mengatakan tahun ni tak banjir kot Nakhonratchasima ni. Sebab 2-3 minggu lepas hujan lagi superb tapi cuma air parit je naik sekaki-dua. so aku cam yakin tak banjir. Staff2 kat sini pun takde kepoh2 pasal banjir kat umah derang.
So tahun ni tak banjir kot...
manusia plan & predict, tapi tuhan yang menentukan..
Salam
ReplyDeleteHarap x banjir la.. susah nanti.. apapun.. i tacing dengar lagu ni..
thanks kak ralph..
ReplyDeletesiapkan kaki itik ngn tong skuba
ReplyDelete